DASAR PRIVASI GLOBAL UNTUK TETAMU

1Pengenalan
Kami menggunakan maklumat peribadi anda untuk menunaikan komitmen kami untuk memberikan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang tiada bandingannya. Sebagai sebahagian daripada aku janji itu, kami komited kepada perlindungan privasi maklumat peribadi yang kami kumpulkan.
Sebagai tetamu kami, anda memahami dan bersetuju bahawa kami mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi anda menurut Dasar Privasi Global untuk Tetamu ini (“Dasar” ini).
2Penggunaan Dasar ini
Dasar ini diaplikasikan pada maklumat peribadi tetamu dan individu lain dengan siapa kami menjalankan perniagaan atau siapa yang mengunjungi kami dan kepada penggunaan maklumat peribadi itu dalam apa-apa bentuk – sama ada lisan, elektronik atau bertulis.
Dasar ini memberi kesan kepada komitmen Hyatt untuk melindungi maklumat peribadi anda dan telah diamalkan oleh semua entiti sah yang berasingan dan berbeza yang mengurus, mengendali, memfrancaiskan, memiliki dan/atau memberi perkhidmatan kepada pelbagai harta tanah Hyatt Hotels & Resorts™ (sama ada berjenama “Hyatt®”, “Hyatt Regency®”, “Park Hyatt®”, “Grand Hyatt®”, “Andaz®”, “Hyatt Place®”, “Hyatt House™”), atau Hyatt Residence Club™ di seluruh dunia. Entiti ini termasuk Hyatt Hotels Corporation dan anak syarikat langsung dan tidak langsungnya, dan semua entiti sah berasingan dan berbeza yang memiliki setiap harta tanah Hyatt Hotels & Resorts dan Hyatt Residence Club di seluruh dunia, sama ada berjenama Hyatt atau tidak. Rujukan kepada “Hyatt”, “kami” dan “kepunyaan kami” dalam keseluruhan Dasar ini, bergantung pada konteksnya, secara kolektif merujuk kepada entiti sah berasingan dan berbeza tersebut, termasuk entiti yang anda telah membuat tempahan dengannya.
Jika kami mendedahkan maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda kepada anggota gabungan perniagaan hospitaliti kami yang lain, entiti tersebut mesti terlebih dahulu bersetuju untuk diikat oleh Dasar ini berhubung dengan pemprosesan maklumat peribadi anda oleh mereka.
Walaupun Dasar ini bertujuan untuk menggambarkan julat terbesar aktiviti pemprosesan maklumat kami secara global, aktiviti pemprosesan tersebut mungkin lebih terhad di bawah beberapa bidang kuasa berdasarkan sekatan undang-undang mereka. Contohnya, undang-undang negara tertentu mungkin mengehadkan jenis maklumat peribadi yang kami boleh kumpulkan atau cara kami memproses maklumat peribadi tersebut. Dalam contoh seperti yang tersebut, kami menyesuaikan dasar dalaman dan/atau amalan kami untuk mencerminkan keperluan undang-undang tempatan.
3Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul
Istilah “maklumat peribadi” dalam Dasar ini merujuk kepada maklumat yang telah atau boleh mengenal pasti anda sebagai seorang individu. Jenis maklumat peribadi yang kami proses (yang mungkin berbeza-beza mengikut bidang kuasa berdasarkan kepada undang-undang berkenaan) termasuk:
  • nama, jantina, butiran hubungan tempat tinggal dan tempat kerja, jawatan dalam syarikat, tarikh dan tempat lahir, kewarganegaraan, dan maklumat pasport dan visa anda;
  • maklumat penginapan tetamu, termasuk hotel di mana anda telah menginap, tarikh daftar masuk dan keluar, barangan dan perkhidmatan yang dibeli, permintaan khas yang dibuat, pemerhatian mengenai pilihan perkhidmatan anda (termasuk pilihan bilik dan percutian), nombor telefon yang didail dan mesej faks dan telefon yang diterima;
  • butiran kad kredit anda, maklumat keahlian program tetamu kerap Hyatt Gold Passport®, butiran akaun pengguna dalam talian, butiran profil atau kata laluan dan mana-mana penggabungan program penerbangan kerap atau rakan perjalanan kerap;
  • apa-apa maklumat yang diperlukan untuk memenuhi permintaan khas (contohnya, keadaan kesihatan yang memerlukan penginapan khusus, pembelian barangan dan perkhidmatan khusus);
  • maklumat yang anda berikan mengenai pilihan pemasaran anda atau semasa menyertai kaji selidik, pertandingan atau tawaran promosi;
  • maklumat yang dikumpulkan melalui penggunaan sistem televisyen litar tertutup, kad kunci dan sistem keselamatan lain;
  • butiran hubungan dan butiran berkaitan lain mengenai pekerja akaun korporat dan pembekal serta individu lain dengan siapa kami menjalankan perniagaan (cth., ejen pelancongan, perancang mesyuarat dan acara); dan
  • dalam kes terhad, maklumat berkaitan dengan kredit pelanggan.
Kebanyakan daripada maklumat peribadi yang kami proses ialah maklumat yang anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda berikan kepada kami dengan disedari. Namun demikian, ada kalanya kami memproses maklumat peribadi yang membolehkan kami membuat inferens tentang anda berdasarkan maklumat lain yang anda berikan kepada kami atau daripada interaksi kami dengan anda, atau maklumat peribadi tentang anda yang kami telah terima daripada pihak ketiga.
Terdapat kemungkinan bahawa maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami atau yang kami kumpulkan dianggap sebagai “Maklumat Peribadi Sensitif” di bawah undang-undang privasi di sesetengah negara. Undang-undang tersebut mentakrifkan “Maklumat Peribadi Sensitif” sebagai maklumat peribadi dari mana kami dapat menentukan atau membuat inferens tentang bangsa atau asal etnik individu, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain sepertinya, keahlian kesatuan dagangan atau persatuan profesional, kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, data genetik, kehidupan seksual, atau data kehakiman (termasuk maklumat mengenai perbuatan melakukan atau dituduh melakukan jenayah). Kami hanya memproses “Maklumat Peribadi Sensitif” dalam bidang kuasa anda jika dan sehingga tahap yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.
Apabila anda bersetuju menerima Dasar ini, anda, sehingga ke tahap yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan dalam sesetengah bidang kuasa, memberikan keizinan jelas dan bertulis anda kepada pemprosesan sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada Hyatt yang dianggap sebagai Maklumat Peribadi Sensitif atau dianggap sebagai maklumat kewangan.
4Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi
Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, kami boleh mengumpul, mengguna dan mendedahkan bahagian berkenaan maklumat peribadi anda untuk:
  • memberi dan mengenakan bayaran untuk penginapan hotel dan barangan dan perkhidmatan lain yang anda beli;
  • memberikan anda tahap perkhidmatan lebih baik, lebih peribadi;
  • mentadbir program tetamu kerap Hyatt Gold Passport;
  • menunaikan kewajipan kontrak kepada anda, sesiapa yang terlibat dalam proses membuat pengaturan perjalanan anda (cth., ejen pelancongan, penyelaras pelancongan berkumpulan atau majikan anda) dan pembekal (cth., syarikat kad kredit, syarikat penerbangan dan program kesetiaan lain);
  • menjalankan penyelidikan pasaran, tinjauan kepuasan pelanggan dan jaminan kualiti, pemasaran langsung dan promosi jualan;
  • menjawab permintaan untuk maklumat dan perkhidmatan;
  • menjaga keselamatan dan sekuriti kakitangan, tetamu dan pelawat-pelawat lain;
  • mentadbir penyimpanan rekod am;
  • memenuhi kehendak undang-undang dan peraturan; dan
  • memproses permohonan kredit (dalam konteks Hyatt Residence Club).
5Pendedahan Maklumat Peribadi anda
Dari semasa ke semasa, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda. Kami akan sentiasa memastikan bahawa pendedahan itu menurut undang-undang berkenaan. Keadaan yang memungkinkan kami melakukan pendedahan seperti itu (termasuk keadaan yang dinyatakan dalam Seksyen 4 di atas) termasuk:
    5.1Ejen, Pemberi Perkhidmatan dan Pembekal Kami
    Seperti kebanyakan jenama hotel antarabangsa, kami mungkin mendapatkan khidmat sumber luar pihak ketiga untuk pemprosesan fungsi dan/atau maklumat tertentu. Kami juga mungkin melantik firma penyelidikan pasaran untuk membantu kami menghubungi tetamu untuk tujuan penyelidikan pasaran dan jaminan kualiti. Apabila kami mendapatkan khidmat sumber keluar pihak ketiga untuk pemprosesan maklumat peribadi anda atau memberi maklumat peribadi anda kepada pemberi perkhidmatan pihak ketiga, kami meminta pihak ketiga tersebut untuk melindungi maklumat peribadi anda menurut terma dan syarat Dasar ini, dengan langkah keselamatan yang sesuai dan melarang mereka daripada menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan mereka sendiri atau daripada mendedahkan maklumat peribadi anda kepada orang lain.
    5.2Kebenaran Kredit
    Apabila anda meminta kredit, maklumat peribadi anda akan digunakan dan didedahkan kepada pihak ketiga yang sesuai menurut undang-undang berkenaan untuk tujuan menentukan sama ada untuk memberi dan mengekalkan barisan kredit kepada anda.
    5.3Pemindahan Perniagaan
    Mengikut pembangunan berterusan perniagaan kami, kami mungkin menjual hotel dan aset lain, atau berhenti menjadi pengurus atau pemberi francais hotel yang menjadi sebahagian portfolio kami pada masa ini. Dalam keadaan tersebut, kami mungkin menyertakan maklumat peribadi yang dikumpulkan mengenai anda, atau kawalan terhadap maklumat peribadi itu, sebagai aset perniagaan dalam mana-mana pemindahan sedemikian. Selain itu, sekiranya ada kemungkinan kami atau sebahagian besar semua aset kami, diperoleh, maklumat peribadi yang dikumpulkan daripada anda, atau kawalan terhadap maklumat sedemikian, mungkin menjadi satu daripada aset yang dipindahkan.
    5.4Program E-Folio
    Jika anda pekerja atau kontraktor bebas yang menyertai Program E-Folio Hyatt, dan anda menggunakan kad kredit korporat yang disediakan oleh majikan anda (jika anda seorang pekerja) atau klien korporat (jika anda kontraktor bebas) untuk membayar bil hotel anda di harta tanah Hyatt, maka anda boleh mendapat manfaat dari program e-folio Hyatt (“Program E-Folio”). Di bawah Program E-Folio ini, sebahagian daripada bil anda (termasuk tarikh penginapan anda, butiran kad kredit anda dan jumlah yang ditanggung di harta tanah Hyatt termasuk caj bilik dan semua caj berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada caj makanan, minuman dan hiburan) akan dipindahkan secara elektronik oleh Hyatt melalui sistem maklumat Hyatt yang bertapak di Amerika Syarikat kepada pemberi perkhidmatan pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Hyatt untuk menyusun bahagian yang dikeluarkan tersebut dan memindahkannya ke:
    • pengendali rangkaian kad kredit, pengeluar kad kredit dan/atau subkontraktor mereka masing-masing, yang kemudiannya akan, menghantar bahagian tersebut kepada majikan atau klien korporat anda (dan/atau subkontraktor mereka masing-masing) bagi memudahkan pemprosesan dan penjejakan perbelanjaan berkaitan perjalanan anda; atau
    • dalam sesetengah keadaan yang terhad, terus kepada majikan atau klien korporat anda (dan/atau subkontraktor mereka masing-masing) untuk tujuan yang sama.
    Entiti yang menerima bahagian bil anda tersebut akan beroperasi di Amerika Syarikat, yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang secara khusus menyatakan dengan terperinci semua penggunaan maklumat peribadi dengan cara yang sama seperti di bahagian lain di dunia (terutamanya Eropah, Kanada, Australia dan sebahagian besar Amerika Selatan).
    Maklumat peribadi yang dipindahkan kepada operator rangkaian kad kredit, pengeluar kad kredit dan/atau majikan atau klien korporat anda dan/atau subkontraktor mereka masing-masing, tidak lagi tertakluk kepada perlindungan yang diterangkan dalam Dasar ini, tetapi bergantung pada persetujuan anda dengan majikan atau klien korporat anda, operator rangkaian kad kredit berkenaan, pengeluar kad berkenaan dan/atau subkontraktor mereka masing-masing.
    5.5Keperluan Undang-undang
    Kami berhak mendedahkan apa-apa maklumat peribadi yang kami miliki mengenai anda jika kami dipaksa untuk berbuat demikian oleh mahkamah atau diminta berbuat demikian oleh entiti kerajaan atau jika kami menentukan bahawa ini perlu atau dikehendaki untuk mematuhi undang-undang atau untuk melindungi atau mempertahankan hak atau harta kami menurut undang-undang yang berkenaan. Kami juga beruntuk mengekalkan maklumat yang dikumpulkan dan untuk memproses maklumat tersebut untuk mematuhi peraturan dan pengawalseliaan perakaunan dan cukai, dan sebarang undang-undang pengekalan rekod yang khusus.
6Aktiviti Pemprosesan Data Berpusat
Seperti kebanyakan perniagaan antarabangsa lain, kami telah memusatkan beberapa aspek aktiviti pemprosesan data kami menurut undang-undang yang berkenaan, yang dalam banyak keadaan akan mengakibatkan pemindahan maklumat peribadi anda dari satu negara ke negara yang lain. Contohnya, jika anda membuat penempahan dan/atau menginap di salah sebuah hotel atau tempat peranginan Hyatt di luar Amerika Syarikat, maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam proses itu akan dipindah ke dan diproses di Amerika Syarikat. Bidang kuasa di mana maklumat itu akan diproses mungkin/mungkin tidak mempunyai undang-undang yang menghendaki perlindungan maklumat privasi atau peribadi. Namun demikian, apabila maklumat peribadi anda dipindahkan dalam syarikat Hyatt, maklumat peribadi anda akan diproses mengikut terma dan syarat Dasar ini dan undang-undang yang berkenaan.
7Maklumat yang Kami Kumpul Semasa Anda Melawati Kami Dalam Talian
Jika anda memilih untuk memperoleh maklumat atau menjalankan perniagaan dengan kami dalam talian dengan melawati www.hyatt.com atau www.goldpassport.com atau laman web lain, anda mungkin mahu mengetahui perkara berikut:
    7.1Anda Boleh Melayari Tanpa Mendedahkan Identiti Anda
    Anda sentiasa boleh melawat laman web kami tanpa mendedahkan siapa anda atau memberi apa-apa maklumat peribadi.
    7.2Maklumat Penggunaan
    Apabila anda melawati laman web kami, kami mengumpul maklumat penggunaan (cth., alamat Protokol Internet yang ditugaskan kepada komputer anda secara automatik setiap kali anda melayari Internet, tarikh dan waktu lawatan anda, jenis pelayar Internet yang anda gunakan dan URL apa-apa tapak web lain yang merujukkan anda kepada tapak web kami, halaman yang anda akses dan jumlah masa anda melawati setiap halaman), tetapi maklumat itu tidak dapat dikaitkan dengan anda sebagai seorang individu kecuali anda mencipta profil pengguna. Kami menggunakan maklumat ini untuk menilai dan memperbaiki ciri-ciri, pengalaman tetamu dan kefungsian laman web kami.
    7.3Teknologi Kuki
    Kami menggunakan “teknologi kuki” pada laman web kami untuk membolehkan kami menilai dan menambah baik kefungsian laman web kami. Kuki itu sendiri tidak boleh digunakan untuk mendedahkan identiti anda. Ia mengenal pasti pelayar anda, tetapi bukan anda, kepada pelayan kami semasa anda melawati laman web kami.
    Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara Hyatt menggunakan kuki, lawati Cookie Statement.
    Jika anda tidak ingin menerima kuki, anda boleh menyekatnya dengan melaraskan tetapan pelayar Internet anda. Namun demikian, jika anda menyekatnya, anda tidak akan dapat menggunakan semua ciri laman web kami, termasuk ciri penyesuaian berkaitan dengan penciptaan profil pengguna.
    Maklumat lanjut mengenai kuki dan cara ia berfungsi boleh didapati di allaboutcookies.org.
    7.4Mencipta Profil Pengguna
    Anda boleh mencipta profil pengguna di www.hyatt.com dan www.goldpassport.com untuk, antara lainnya, memudahkan transaksi dalam talian anda dan menyesuaikan pengalaman anda di laman web kami mengikut minat anda dan untuk memberi cadangan yang lebih sesuai untuk anda. Kami mungkin menggunakan maklumat yang anda berikan di dalam profil pengguna anda untuk mengisi pangkalan data lain yang diselenggarakan oleh kami dan pemberi perkhidmatan kami, jika perlu. Dengan mencipta profil pengguna, anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan untuk tujuan ini.
    Anda boleh melihat, mengemaskinikan atau membatalkan apa-apa maklumat peribadi yang anda telah berikan kepada kami untuk dimasukkan ke dalam profil pengguna anda dengan meminda profil pengguna anda dalam talian atau dengan menghantar e-mel kepada concierge@hyatt.com. Jika anda selepas itu memilih untuk mengeluarkan profil pengguna anda, kami berhak menggunakan apa-apa maklumat peribadi yang anda berikan sebelum ini untuk kemasukan ke dalam profil pengguna anda untuk tujuan penyimpanan rekod dan jaminan kualiti.Meskipun anda memilih untuk tidak mencipta profil pengguna, anda masih boleh menggunakan laman web kami untuk mencari dan membeli perkhidmatan.
    7.5Pautan ke Tapak Web Lain
    Jika anda melawati www.hyatt.com dan membuat keputusan, contohnya, untuk membeli sijil hadiah, membuat tempahan penerbangan, menyewa kereta, menghantar borang permintaan hadiah atau memohon pekerjaan dalam talian, anda akan dengan mudahnya dihubungkan dengan tapak web yang diselenggarakan oleh pihak ketiga yang telah kami berikan kontrak untuk memberi perkhidmatan tersebut. Jika anda mengklik pautan yang ditemui pada laman web kami mana-mana pada mana-mana laman web lain, anda selalu harus melihat bar lokasi pelayar anda untuk memastikan jika anda telah dihubungkan kepada laman web lain. Dasar ini, dan tanggungjawab kami, adalah terhad kepada amalan pengumpulan maklumat kami sendiri. Kami tidak bertanggungjawab untuk, dan tidak sentiasa boleh memastikan, amalan pengumpulan maklumat atau dasar privasi laman web lain yang diselenggarakan oleh pihak ketiga atau pemberi perkhidmatan kami tempat anda menghantar maklumat peribadi anda secara langsung kepada laman web sedemikian. Di samping itu, kami tidak boleh memastikan kandungan laman web yang diselenggarakan oleh pihak ketiga atau pemberi perkhidmatan ini, meskipun ia boleh didapati melalui pautan dari laman web kami. Kami menggesa anda membaca dasar privasi dan keselamatan mana-mana halaman luaran sebelum memberi apa-apa maklumat peribadi semasa mengakses halaman itu.
    7.6Keselamatan
    Oleh sebab keselamatan maklumat peribadi anda penting kepada kami, kami menggunakan perisian Lapisan Soket Selamat (“SSL”) untuk menyulitkan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Jika pelayar anda dibolehkan SSL (kebanyakan pelayar membolehkannya) penghantaran maklumat peribadi anda kepada kami dalam talian akan disulitkan. Anda boleh mengesahkan sama ada maklumat peribadi anda dihantar menggunakan penyulitan SSL dengan memastikan simbol mangga terkunci atau berbentuk kunci padu di bar sebelah bawah tetingkap pelayar anda. Anda juga boleh mengesahkan bahawa maklumat peribadi anda akan disulitkan menggunakan penyulitan SSL dengan memastikan bahawa awalan untuk alamat web yang disenaraikan untuk halaman itu telah bertukar dari "http" kepada "https". Jika anda tidak melihat simbol berkenaan dan awalan “https”, anda tidak harus membuat anggapan bahawa maklumat peribadi yang anda diminta beri akan disulitkan sebelum penghantaran.
    Maklumat peribadi yang kami kumpulkan daripada anda dalam talian disimpan oleh kami dan/atau pemberi perkhidmatan kami pada pangkalan data yang dilindungi oleh gabungan kawalan akses fizikal dan elektronik, teknologi tembok api dan langkah keselamatan munasabah yang lain. Namun begitu, langkah-langkah keselamatan seperti ini tidak boleh mencegah semua kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahan maklumat peribadi dan kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan atau liabiliti berkaitan dengan insiden tersebut sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang, kami akan memaklumkan anda tentang sebarang kerugian, penyalahgunaan atau pengubahan maklumat peribadi sedemikian yang mungkin menjejaskan anda, supaya anda boleh mengambil tindakan yang bersesuaian untuk melindungi hak anda.
    7.7Kanak-kanak di Bawah Umur
    Laman web kami tidak menjual produk atau perkhidmatan untuk dibeli oleh kanak-kanak dan kami tidak meminta atau mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak dengan sengaja. Jika anda di bawah umur 18 tahun (atau kanak-kanak di bawah umur dalam bidang kuasa tempat anda mengakses tapak web kami), anda hanya boleh menggunakan tapak web kami dengan penglibatan ibu bapa atau penjaga.
8Pilihan
Anda sentiasa boleh memilih maklumat peribadi apa (jika ada) yang anda ingin berikan kepada kami. Namun demikian, jika anda memilih untuk tidak memberikan kami butiran tertentu, sesetengah pengalaman anda dengan kami mungkin terjejas (contohnya, kami tidak boleh mengambil tempahan tanpa nama).
Jika anda memberikan kami butiran hubungan anda (cth., alamat pos, alamat e-mel, nombor telefon atau nombor faks), kami boleh menghubungi anda untuk memberitahu anda mengenai produk, perkhidmatan, promosi dan acara yang kami sediakan, yang kami fikir mungkin akan menarik minat anda. Kami juga mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga yang terpilih, yang mungkin berkomunikasi terus dengan anda. Anda sentiasa boleh memilih sama ada untuk tidak menerima mana-mana atau semua komunikasi ini dengan menghubungi kami seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 11 di bawah atau mengikut arahan 'hentikan langganan' yang terkandung dalam komunikasi tersebut.
Jika anda mempunyai akaun Pasport Emas, kami akan meminta anda untuk menyatakan pilihan komunikasi anda pada masa anda memohon keahlian atau apabila anda mencipta profil pengguna anda. Kami juga akan meminta anda untuk menyatakan bagaimana anda ingin menerima apa-apa tawaran, maklumat pemasaran dan promosi (cth., melalui e-mel atau mel biasa) dan sama ada anda ingin menyertai tinjauan. Apabila anda telah menyatakan pilihan anda, anda boleh menukar fikiran anda pada bila-bila masa.
Dalam beberapa bidang kuasa, undang-undang privasi data mungkin menghendaki kami untuk mendapatkan kebenaran anda sebelum kami menghantarkan anda maklumat yang anda tidak minta secara khusus. Dalam keadaan tertentu, kebenaran anda mungkin tersirat (cth., sekiranya komunikasi diperlukan untuk memenuhi permintaan anda dan/atau sekiranya anda telah memberi maklumat secara sukarela untuk penggunaan kami). Dalam hal lain, kami boleh meminta kebenaran anda secara jelas mengikut undang-undang berkenaan (cth., sekiranya maklumat yang dikumpulkan dianggap sebagai Maklumat Peribadi Sensitif di bawah peraturan tempatan).
Kami akan mematuhi apa-apa permintaan daripada anda untuk tidak menghantarkan anda bahan pemasaran langsung. Apabila permintaan sedemikian diterima, butiran hubungan anda akan "disekat” tetapi tidak dihapuskan. Ini akan memastikan bahawa permintaan anda direkodkan dan disimpan melainkan anda memberikan kebenaran kemudian yang mengatasinya.
9Mengemaskinikan atau Mengakses Maklumat Peribadi Anda
Dengan beberapa pengecualian terhad, anda berhak mengakses dan mengemaskinikan maklumat peribadi yang disimpan mengenai anda. Jika anda ingin bertanya mengenai apa-apa maklumat peribadi yang kami miliki mengenai anda, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar kepada kami permintaan bertulis melalui surat atau e-mel ke alamat yang dinyatakan di dalam Seksyen 11 di bawah. Sila pastikan anda menyertakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda, dan satu salinan dokumen yang membuktikan pengenalan diri anda (seperti kad ID atau pasport) supaya kami boleh mengenal pasti identiti anda dan jika kami mempunyai apa-apa maklumat peribadi mengenai anda, atau jika kami perlu menghubungi anda untuk mendapatkan apa-apa maklumat tambahan yang kami mungkin perlukan untuk membuat keputusan itu.
Kami berhak untuk mengenakan bayaran kepada anda, jika dibenarkan di bawah undang-undang berkenaan, yang biasanya sebanyak $20, untuk pemprosesan apa-apa permintaan sedemikian. Sekiranya anda membuat lebih daripada satu permintaan berturut-turut, kami boleh menjawab permintaan selepas itu dengan merujuk kepada jawapan kami sebelumnya dan hanya mengenal pasti perkara yang telah berubah dengan ketara.
Anda boleh meminta kami untuk membetulkan, membatalkan dan/atau memberhentikan pemprosesan maklumat peribadi yang kami simpan mengenai anda. Jika kami bersetuju bahawa maklumat itu tidak betul, atau pemprosesan harus dihentikan, kami akan menghapuskan atau membetulkan maklumat peribadi tersebut. Jika kami tidak bersetuju bahawa maklumat itu tidak betul, kami akan memberitahu anda yang kami tidak bersetuju dan merekodkan fakta bahawa anda menganggap maklumat peribadi ini sebagai tidak betul dalam fail yang berkaitan.
10Perubahan kepada Dasar ini
Sama seperti perniagaan kami yang sering berubah, Dasar ini mungkin juga berubah. Untuk membantu anda, Dasar ini mempunyai tarikh kuat kuasa yang dinyatakan pada akhir dokumen ini.
11Permintaan untuk Mengakses Maklumat Peribadi/Soalan atau Aduan
Jika anda mempunyai apa-apa soalan mengenai Dasar ini, atau mempunyai sebarang kekhuatiran atau aduan mengenai pentadbiran Dasar ini, atau jika anda ingin menghantar permintaan (dalam cara yang dijelaskan dalam Seksyen 9 di atas) untuk mengakses maklumat peribadi yang kami kekalkan mengenai anda, sila hubungi kami melalui cara-cara berikut:
  • dengan menghubungi salah satu nombor tempahan bebas tol yang terdapat di http://www.hyatt.com/hyatt/customer-service/numbers.jsp;
  • melalui mel di Hyatt Hotels Corporation, Attn: Consumer Affairs, 9805 Q Street, Omaha, NE 68127, United States; atau
  • dengan menghubungi meja depan di mana-mana hotel kami.
Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan yang anda terima, anda boleh mengajukan kebimbangan anda kepada Ketua Pegawai Privasi dengan menghantar e-mel kepada privacy@hyatt.com.
Manakala Dasar ini semata-mata tidak mewujudkan hak kontraktual, Hyatt telah memastikan pematuhan beberapa kewajipan undang-undangnya di beberapa negara berhubung dengan maklumat peribadi dengan mencipta satu set Piawaian dan Dasar yang mengikat (dikenali di beberapa negara sebagai peraturan korporat mengikat), diluluskan oleh beberapa pengawal atur privasi negara. Hasilnya, bergantung pada keadaan dan lokasi anda, anda mungkin dapat menguatkuasakan hak privasi anda dengan menggunakan Piawaian atau Dasar tersebut melalui pengawal atur tersebut atau mahkamah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai piawaian dan komitmen ini, sila hubungi Hyatt Hotels Corporation di alamat di atas atau Ketua Pegawai Privasi di alamat e-mel di atas.
Semua permintaan untuk mengakses maklumat peribadi anda mesti diserahkan secara bertulis melalui surat atau e-mel. Kami mungkin membalas permintaan anda melalui surat, e-mel, telefon atau sebarang kaedah lain yang sesuai.
Tarikh Berkuat Kuasa June 2013